Tuesday 10 May 2016

PROJEK MEMBANGUN, MEMBINA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENIMBANG, MEMBELI DAN MENJUAL BUAH SAWIT DI TAPAK KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH (FFB COLLECTION CENTRE)


PROJEK MEMBANGUN, MEMBINA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENIMBANG, MEMBELI DAN MENJUAL BUAH SAWIT DI TAPAK KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH (FFB COLLECTION CENTRE)

Memerlukan rakan usahasama untuk menjalankan perniagaan Timbang Sawit di Kg. Batu Puteh Kinabatangan Sabah. Kedudukan kawasan untuk menjalankan perniagaan Timbang Sawit adalah sangat strategik, terletak di tepi jalan utama dari Lahad Datu / Tawau - Kinabatangan - Sandakan / Kota Kinabalu Sabah. Sumber Pembekal Buah Sawit adalah dari kalangan penduduk kampung yang memiliki ladang sawit persendirian dan beberapa syarikat peladang. Selain itu kawasan-kawasan lain yang memiliki ladang sawit juga bakal menjadi pembekal buah sawit sekiranya kawasan tapak Kg. Batu Puteh mempunyai FFB COLLECTION CENTRE (Tempat Timbang Sawit). Pelabur diperlukan hendaklah memiliki Modal Yang Cukup (Kira-kira RM1.5 Juta sehingga RM4 Juta) dan bersetuju menandatangani sebagai rakan usahasama.

Baca sebahagian Kertas Kerja di dawah untuk memahami lebih lanjut mengenai perniagaan timbang sawit ini atau anda boleh menghubungi kami untuk penerangan lebih jelas dan lebih terperincih.

1. PENGENALAN
KELAPA SAWIT terdiri daripada dua spesies iaitu Arecaceae atau Famili Palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit (Elaesis guineensis), berasal dari Afrika Barat iaitu di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika (Eleasis Oleifera), berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Kelapa sawit merupakan tanaman utama di Malaysia pada masa kini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar yang direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.360 juta hektar atau 29.7%) diikuti dengan Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6%) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri penyumbang paling kecil adalah Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan seluas 2.807 juta hektar, kelapa sawit yang ditanam oleh pihak estet swasta adalah sebanyak (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh skim kerajaan (FELDA – 675,167 hektar, RISDA – 80,262 dan FELCRA – 160,832), 321,947 hektar (7.1%) oleh skim kerajaan negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) diusahakan oleh pekebun kecil.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada tahun 2009, Sabah mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit terbesar berbanding negeri lain. Hasilnya juga secara umum lebih kukuh pada purata 4.3 tan sehektar pada tahun 2010, iaitu yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Antara daerah di Sabah yang banyak menyumbang kepada potensi industri sawit negara ialah daerah Lahad Datu, Tawau, Tongod, Kinabatangan, Sandakan dan lain-lain daerah di Sabah.

INDUSTRI sawit negara adalah komoditi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi disamping menerajui Program Tranformasi Ekonomi (ETP), Potensi industri sawit juga sentiasa stabil di tengah gelombang ketidakseimbangan ekonomi dunia dewasa ini.

2. HALATUJU INDUSTRI SAWIT
Minyak Sawit merupakan satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang digariskan di bawah Pelan Halatuju Program Tranformasi Ekonomi (ETP) untuk melonjak pertumbuhan ekonomi dan meletakkan Negara pada landasan ekonomi yang kukuh dan berdaya saing.

Melalui pelaksanaan ETP, kerajaan mensasarkan industri minyak sawit berupaya menyumbang sejumlah RM178 Billion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang 2020 berbanding RM52.7 billion pada tahun 2009.

Bagi merealisasikan sasaran perjalanan PNK itu, lapan projek permulaan (EPP) dikenalpasti meliputi seluruh rangkaian pengeluar minyak sawit di dua sektor utama industri sawit iaitu sektor Huluan dan Hiliran.

Lapan EPP itu ialah mempercepatkan penanaman semula sawit, meningkatkan hasil tandan buah segar (TBS), meningkatkan produktiviti pekerja ladang dan meningkatkan kadar perahan minyak bagi sektor Huluan. Penjanaan sumber tenaga boleh diperbaharui dari biogas sawit, meningkatkan produk oleokimia sawit, mengkomersilkan bahan api bio generasi kedua serta meningkatkan produk makanan dan pemakanan kesihatan berasaskan sawit bagi sektor Hiliran.

Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) bersama sektor swasta akan berkerjasama melaksanakannya untuk merealisasikan projek EPP yang dikenalpasti itu. Menurut beberapa laporan, program meningkatkan OER yang dianjurkan berupaya menyumbang pada peningkatan PKN hingga RM13.7 billion menjelang tahun 2020 disamping membuka peluang pekerjaan baru kepada10 ribu orang.

MPOB bertanggungjawab bagi memastikan kilang pemprosesan TBS hanya memproses TBS yang berkualiti untuk menghasilkan OER minyak sawit yang tinggi. Pegawai petugas khas yang mencukupi akan diwujudkan disamping kilang pemprosesan mengamalkan kaedah pengredan TBS dan memastikan hanya TBS berkualiti sahaja diproses.

EPP ini mensasarkan OER akan meningkat kepada 23 peratus menjelang tahun 2020 berbanding 19.93 peratus pada tahun 2009. Penanaman semula sawit pula ditumpukan kepada tanaman berumur melebihi 25 tahun dan berhasil rendah yang berkeluasan 365, 4144 hektar dalam tempoh tiga tahun.

Melalui penanaman semula dengan anak benih berkualiti, ia mensasarkan peningkatan pengeluaran TBS kepada 26 tan sehektar dalam tempoh setahun berbanding19.36 tan sehektar pada 2009. Peningkatan hasil TBS itu diunjurkan berupaya menjana Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM10.17 billion disamping menyediakan 1,600 peluang pekerjaan baru menjelang 2020.

Program Tranformasi Ekonomi ini akan berkembang kerana projek permulaan yang dikenalpasti hanya sebagai permulaan dan bukan pelan induk bagi NKEA untuk industri minyak sawit dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dipacu sektor swasta, Pelan Transformasi ini akan melonjak kemajuan industri minyak sawit secara langsung mengubah ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah Negara berpendaptan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar perkapita sekurang-kurangnya RM48, 000 menjelang 2020.

3. POTENSI INDUSTRI SAWIT DI KINABATANGAN
Daerah Kinabatangan terletak di kawasan pantai timur Sabah, Negeri di bawah Bayu. Dengan keluasan 600 ribu hektar, ia merupakan salah satu daerah terbesar di Malaysia.

Selain daripada industri pelancongan, industri sawit merupakan industri utama yang diusahakan. Terdapat 345,000 hektar daripada keluasan daerah ini diusahakan dengan tanaman kelapa sawit yang mendatangkan pendapatan melebihi RM 2 billion setahun seperti yang pernah direkodkan pada tahun 2010 dan dijangka populasi ini akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

4. OBJEKTIF
Memberikan galakan kepada pelabur untuk membina Jambatan Timbang (Weighbridge) di kawasan yang dicadangkan dengan objektif untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam industri kelapa sawit sekaligus dapat meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara.

5. TUJUAN 

4.1. Meningkatkan mutu perkhidmatan.
4.2. Meningkatkan pendapatan sara hidup pekebun kecil.
4.3. Memberi galakan terhadap pengamalan konsep hijau
4.4. Meningkatkan sosio ekonomi setempat
4.5. Mengeratkan hubungan antara pekebun dan pengusaha.
4.6. Mengenalpasti punca pendapatan pekebun.
4.7. Meningkatkan statistik pengeluaran sawit.

6. FUNGSI JAMBATAN TIMBANG (Weighbridge)
Jambatan Timbang (Weighbridge) merupakan alat untuk mengukur berat yang dilengkapi dengan platform dan load cell sebagai sensor terhadap gaya berat (analog) yang diberikan ke atasnya dan akan menghantarnya ke Avery – weigh dan seterusnya dikonversikan ke dalam satuan berat (digital).

Antara fungsi Weighbridge adalah:
1. Menimbang raw material Tandan Buah Segar (TBS).
2. Mengetahui data produksi TBS dari estate atau kebun.
3. Mengetahui produksi hasil pengolahan (CPO dan Karnel) yang akan dikirim atau dijual.
4. Memantau perbezaan berat Bruto Tara dan Netto.

7. SISTEM KERJA JAMBATAN TIMBANG (Weighbridge)
Sebelum proses menimbang dilakukan, kerani timbang mestilah terlebih dahulu memerhati dan memeriksa keadaan unit timbangan seperti berikut;
1. Memastikan nombor slip mestilah mengikut turutan dari slip sebelumnya.
2. Memastikan fungsi Jambatan Timbang boleh dikawal dengan baik oleh monitor atausistem komputer.
3. Memastikan Jambatan Timbang dalam keadaan bersih.
4. Memastikan printer atau mesin pencetak berfungsi dengan baik.
5. Memastikan unit timbangan mendapat tenaga elektrik secukupnya.

8. FFB HOPPER (TEMPAT PENAMPUNGAN SEMENTARA)
FFB Hopper merupakan Tempat Penampungan Sementara Tandan Buah Segar (TBS) sebelum dihantar ke kilang untuk proses seterusnya. Kebiasaannya, FFB Hopper dibina dengan konkrit dengan cara menjunam ke bawah dan ia dibina di atas tanah yang mempunyai paras yang tinggi sedikit dari paras Jabatan Timbang iaitu sekurang-kurangnya 20 kaki bagi memudahkan TBS dimuat ke atas lori. Ia dilengkapi dengan pintu Loading Ramp yang digerakkan oleh Hydraulic Control System yang berfungsi untuk membuka dan menutup pintu tersebut yang dikawal oleh Handle Controler serta dipadukan dengan Hydraulic Pack.

Terdapat juga FFB Hopper yang dibina di permukaan yang rata. Ia berfungsi secara manual apabila TBS dinaikkan ke atas lori yang akan dihantar ke kilang untuk proses seterusya, sejenis alat yang dipanggil ‘Loading Stick’ oleh masyarakat tempatan di sini atau jentolak akan digunakan.

9. CADANGAN TEMPAT PEMBINAAN
Tempat pembinaan yang dicadangkan kepada pelabur/pengusaha yang berminat adalah di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah. Ia terletak di tepi jalan besar yang mana merupakan laluan menuju ke Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan boleh dianggap sebagai tempat persinggahan dan penghubung antara suatu daerah ke daerah lain di Sabah.

10. FUNGSI PEJABAT
Fungsi pejabat di tapak menimbang ini adalah untuk mengawal selia timbangan yang dihantar melalui data komputer, menguruskan jual beli, menyimpan dan membuat sistem fail serta tempat perbincangan strategi pasaran dan lain-lain hal yang berkaitan dengan urusan sawit.


GAMBAR LOKASI TAPAK CADANGAN

KEDUDUKAN TANAH TERLETAK DIJALAN UTAMA DARI TAWAU / LAHAD DATU - KINABATANGAN - SANDAKAN / KOTA KINABALIU

BERGAMBAR BERSAMA TEAM DI KINABATANGAN

BERGAMBAR BERSAMA TEAM DI KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH

KEDUDUKAN TANAH DIKELILINGI TANAMAN SAWIT DIANGGARKAN 3000 EKAR

SEKITARA KAWASAN  KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH

TANAMAN SAWIT SEKITAR  KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH

 KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH
14. ANGGARAN KEUNTUNGAN YANG DI PEROLEHI
 Sekiranya: 
14.1  Harga Pasaran Semasa = RM 600 per/tan.
14.2  Harga dibeli dari pembekal/penjual sawit;
· RM 450 per/tan untuk Gred A
· RM 440 per/tan untuk Gred B
 14.3  Harga Pasaran Semasa – Harga Belian = RM 150 per/tan minimum keuntungan.

CONTOH GAMBAR PEJABAT URUSAN saiz yang dicadangkan 16” x 20”

CONTOH GAMBAR PEJABAT URUSAN DAN TIMBANG SAWIT

TIMBANG SAWIT

TEMPAT PENGUMPULAN BUAH SAWIT

JENTERA BACKHOE 

LORI UNTUK PENGAMBILAN SAWIT DI LADANG-LADANG BERDEKATAN
Bagi yang ada pertanyaan dan masih perlukan lebih penjelasan sebelum ke pejabat pemaju, anda boleh hubungi kami.

Bagi pembeli yang serius, sila hubungi kami
SHIN BERSATU HOLDINGS SDN. BHD.

+60145538989 (Hasnal)
+60129060394 (Nazshim)

+60182407126 (Athira)
+60135192233 (Farah)

+60122320934 (Irnawati))
Skype: shhimec
Email: shinbersatu@gmail.com
Blog: http://shinproperty.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment